Pada 5/8/2010 bersamaan hari khamis yang lepas, kami, mahasiswa daripada GMM, Fakulti Sains Komputer, Univeriti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah mengadakan lawatan sambil belajar selama 3 hari 2 malam ke Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) yang terletak di Lumut, Perak.
Seramai 33 orang telah terlibat dalam lawatan tersebut yang diiringi oleh Dr. Shahrizal Bin Sunar. Objektif lawatan kami adalah untuk menyaksikan beberapa simulasi grafik yang digunakan oleh sebuah syarikat yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dengan membina pengangkutan yang dipenuhi oleh senjata dan sebagainya. Syarikat tersebut adalah Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. Ini adalah keseluruhan aktiviti yang telah dijalakan selama 3 hari tersebut.